Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Memorial Chang Gung Keelung

Ditubuhkan pada 5hb April 1985, Hospital Memorial Chang Gung Keelung adalah komited untuk menjaga kesihatan kira-kira 700,000 orang penduduk di Xizhi, Ruifang, Jinshan, Wanli, Gongliao dan Pingxi di Bandar Keelung dan Bandar Baru Taipei. Hospital kami memiliki alatan perubatan yang lengkap dan pasukan perubatan yang bermutu tinggi, justeru merupakan hospital yang paling komprehensif di kawasan pantai utara Taiwan. Pada 3hb November 2006, hospital kami telah menubuhkan cawangan Tasik Kekasih di sekitar Tasik Kekasih yang dikelilingi oleh gunung, sungai dan pemandangan indah demi menyediakan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh, supaya para pesakit boleh menerima rawatan dan penjagaan yang lebih lengkap. Dengan menyediakan perkhidmatan perubatan seperti perubatan kanser, penjagaan penyakit mental dan perkhidmatan dialisis, pembangunan perubatan di kawasan hospital kami dan cawangan Tasik Kekasih hospital kami bertumpu kepada ciri-ciri istimewa yang berlainan. Kawasan hospital kami bertumpu kepada pembangunan rawatan kecemasan, perubatan penyakit teruk, perubatan perubatan pakar (seperti pusat kegagalan jantung, pusat strok, pusat diabetes, pusat penccegahan penyakit ginjal kronik dan lain-lain lagi) dan perubatan pencegahan (seperti pusat pemeriksaan kesihatan, pusat pemeriksaan dan pengimejan diagnostik, pembentukan kesihatan komuniti dan lain-lain lagi), manakala cawangan Tasik Kekasih bertumpu kepada penubuhan pusat kanser, pusat perubatan mental, pusat perubatan hiperbarik dan penyelaman, pusat perubatan rehabilitasi, pusat dialisis dan pusat penyelidikan eksperimen. Hospital Chang Gung Keeling mengejar teknologi perubatan yang terbaru, maka hospital kami cuba sedaya upaya untuk menyediakan alatan perubatan yang terbaru. Misalnya, hospital kami telah memperkenalkan kebuk terapi hiperbarik setinggi 12 orang yang terbaru, dan membuka klinik perubatan hiperbarik dan penyelaman demi memanfaatkan orang ramai.

Di samping itu, untuk menangani tumor malignan yang menjadi penyebab maut utama di Taiwan selama 25 tahun berturut-turut sejak tahun 1982, pasukan perubatan kanser di hospital kami telah menubuhkan pusat kanser melalui model integrasi perubatan, dan menggabungkan klinisian, perundingan nutrisi, bantuan perkhidmatan komuniti, perundingan perubatan tradisional Cina, perundingan mental, jagaan kerohanian, penjagaan di rumah dan penjagaan harian demi menyediakan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh, lengkap, selamat dan diperibadikan untuk para pesakit dan ahli keluarga mereka. Hospital kami juga membeli sistem pemecut linear navigasi video model Varian iX, menubuhkan jabatan radioterapi, dan membentuk pasukan perubatan elit yang terdiri daripada doktor-doktor elit dari hospital utama di Linkou dan hospital-hospital besar yang lain demi menawarkan mutu perkhidmatan perubatan yang setanding dengan pusat perubatan.

Mengenai penjagaan penyakit kronik, hospital kami bukan sahaja menawarkan klinik pesakit luar, bilik pesakit mental dan hospital harian utnuk perubatan mental klinikal, tetapi juga menyediakan klinik pesakit luar bagi kanak-kanak dan remaja, klinik pencegahan ketagihan dadah (alkohol) dan klinik pengajaran. Hospital kami juga memikul tanggungjawab sosial, dan menjadi lokasi penting bagi perubatan mental komuniti di kawasan Keelung sempena rangkaian perubatan mental di bawah Biro Kesihatan. Tambahan pula, mengikut laporan tahunan Sistem Data Renal Amerika Syarikat, Taiwan mencatatkan kes penyakit ginjal yang tertinggi di seluruh dunia, maka penyakit ginjal telah menjadi penyakit kebangsaan yang baru. Justeru, hospital kami telah menubuhkan Pusat Rawatan Hemodialisis di cawangan Tasik Kekasih demi meningkatkan mutu dialisis. Dengan usaha-usaha kami, hospital kami telah memenangi penghormatan tertinggi, iaitu Institusi Promosi Kesihatan Penyakit Ginjal Cemerlang Gred 1 yang dianugerahkan oleh Pentadbiran Promosi Kesihatan pada tahun 2007, berjaya memperoleh status Hospital Pengajaran Kelas A dan juga diberi status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hospital kami telah memenangi banyak anugerah, seperti “Anugerah Simbol Mutu Kebangsaan (SNQ) bagi Mutu Bioperubatan Kebangsaan”, Anugerah Emas dan Perak dalam Akreditasi Hospital dan Mutu Perubatan Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT), dan “Anugerah Tembaga Pusat Pembangunan Sinergi Korporat, Biro Pembangunan Industri” atas usaha-usaha hospital kami dalam penjagaan perubatan dan pembangunan kepakaran perubatan khusus. Hospital kami memulakan perkhidmatan perubatan di kawasan timur laut, dan telah menjadi sebuah hospital yang menyeluruh dengan dua teras utama, justeru menyediakan perkhidmatan penjagaan perubatan yang lengkap untuk orang awam. Hospital kami terus berusaha gigih untuk memperolen pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan kepakaran perubatan yang khusus dan peningkatan mutu penjagaan perubatan. Berdasarkan perubatan holistik yang berorientasikan pesakit, pasukan perkhidmatan perubatan di Hospital Chang Gung Keelung terus menyediakan penjagaan kesihatan untuk komuniti tempatan, sekali gus membolehkan usaha-usaha kami diterima dan diiktiraf oleh semua. Hospital kami juga akan berusaha gigih untuk pembangunan perubatan setiap hari. Pada masa depan, Hospital Chang Gung Keelung bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perubatan yang diperlukan untuk orang ramai dengan teknologi yang canggih, tetapi juga mementingkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam masyarakat tempatan, sekali gus menyediakan perkhidmatan holistik dan bersepadu yang merangkumi pencegahan, rawatan dan rehabilitasi, menjadi “hospital yang baik di kawasan pinggir bandar” dan “penaung kesihatan” bagi penduduk-penduduk tempatan, dan menuju ke arah pencapaian taraf pusat perubatan. Hospital kami berharap untuk menjadi pelindung kesihatan yang terbaik bagi para penduduk di kawasan pantai utara Taiwan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama