Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Taipei Show Chwan

Terletak di tepi Dewan Memorial Sun Yat-Sen dan Sistem Television Cina, Hospital Taipei Show Chwan menggabungkan doktor-doktor yang terkenal dari Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Hospital Veteran, Hospital Besar Cathay dan Hospital Show Chwan menyediakan perkhidmatan perubatan untuk orang awam di bandar besar dengan mendukung objektif untuk menjaga pesakit seperti saudara, mementingkan mutu dan keselamatan pesakit. (Hospital utama: Hospital Memorial Show Chwan Changhua)

Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Perubatan Show Chwan, Dr. Huang Min-Ho merupakan seorang doktor pakar hepatobiliari dan terkenal dengan kepakarannya dalam koledokoskopi dan ultrasonografi helempedu. Beliau menjadi terkenal kerana pengurusan Hospital Memorial Show Chwan di Taiwan Tengah, dan mengambil alih Hopsital Bandar Tainan pada tahun 1988, sekali gus mencipta rekod pertama dengan menubuhkan hospital awam pertama yang diusahakan oleh orang awam.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama