Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Taipei, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan

Pada April 1968, hospital kami digabungkan dengan Hospital Obstetrik dan Ginekologi Taipei Wilayah Taiwan dan Hospital Kanak-Kanak Taipei Wilayah Taiwan untuk membentuk Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Wilayah Taiwan (bertempat di Seksyen 2, Jalan Zhongshan Utara, Bandar Taipei). Oleh sebab Taipei dinaik taraf menjadi sebuah bandar, hospital kami dipindahkan dari Bandar Taipei ke alamat sekarang kami di Xinzhuang dan ditukar nama menjadi “Hospital Taipei Wilayah Taiwan” pada Mac 1972. Pada 1hb Mac 1987, Hospital Keretapi Taipei milik Pentadbiran Keretapi Wilayah Taiwan yang terletak di Jalan Zhengzhou, Bandar Taipei diarahkan untuk diletakkan di bawah hospital kami, maka ia menjadi cawangan kawasan bandar hospital kami. Pada bulan Jun 2005, Hospital Huagangshih Kinmen yang terletak di bawah jagaan Pasukan Tentera Kebangsaan diarahkan agar terletak di bawah hospital kami, dan ditukar nama menjadi cawangan Huagangshih hospital kami. Pada bulan Oktober bagi tahun yang sama, Hospital Kinmen dan cawangan Lieyu bergabung dan terletak di bawah Hospital Kinmen, Biro Kesihatan. Selepas mengharungi 27 tahun, hospital kami diarahkan agar terletak di bawah Biro Kesihatan, Eksekutif Yuan pada 1hb Julai 1999, dan menjadi “Hospital Taipei, Biro Kesihatan di bawah Eksekutif Yuan”. Semasa penstrukturan semula Eksekutif Yuan pada 23hb Julai 2013, “Biro Kesihatan di bawah Eksekutif Yuan” digabungkan dengan institusi kebajikan sosial untuk membentuk “Kementerian Kesihatan dan Kebajikan”. Maka, hospital kami bertukar nama menjadi “Hospital Taipei, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan”.

Pada tahun 1990, hospital kami diiktiraf sebagai “Hospital Pengajaran Serantau” di bawah akreditasi hospital Biro Kesihatan, Eksekutif Yuan”. Pada bulan Mei 2006, hospital kami diiktiraf sebagai hospital cemerlang dalam Akreditasi Hospital Sistem Baru, dan merupakan hospital besar pertama di bawah Biro Kesihatan yang menerima penghormatan ini. Pada tahun 2010 dan 2014, hospital kami sekali lagi diiktiraf sebagai hospital cemerlang dalam Akreditasi Hospital Sistem Baru. Semasa epidemik SAR pada tahun 2003, hospital kami bekerjasama dengan Biro Kesihatan dalam usaha membasmi penyakit SARS. Hospital kami bukan sahaja menjaga ratusan penyakit SARS, tetapi juga menggunakan “rawatan video” dan melaksanakan berbagai-bagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyakit ini daripada merebak di dalam hospital. Justeru, hospital kami diberi penghormatan sebagai “Hospital Berpencapaian Cemerlang” oleh Eksekutif Yuan. Pada tahun 2008, hospital kami melancarkan inisiatif hospital penggalak kesihatan (Health Promoting Hospital, HPH), dan lulus tinjauan oleh rombongan daripada Persatuan Hospital Penggalak Kesihatan Taiwan dan Rangkaian Hospital Penggalak Kesihatan dan Perkhidmatan Kesihatan Taiwan. Pada tahun 2009, “Pusat Latihan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Taiwan” di hospital kami telah diberi Anugerah Simbol Mutu Kebangsaan (Symbol of National Quality, SNQ). Pada tahun 2011, “Model Penjagaan Keselamatan Pesakit bagi Aplikasi Bersepadu Sistem Pengenalpastian Automatik” di hospital kami telah dianugerahkan SNQ.

Pada tahun 2002, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah menubuhkan Pusat Latihan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Taiwan (Taiwan International Healthcare Training Center, TIHTC) di hospital kami, dan ia bertanggungjawab terhadap diplomasi dan komunikasi mengenai perubatan antarabangsa dan mengendalikan tugas-tugas seperti menganjurkan latihan bagi kakitangan perubatan dan kesihatan luar negara, perancangan jadual lawatan dan penyambutan tetamu luar negara, misi penyelamatan kecemasan luar negara dan bantuan bekalan perubatan, dan pertukaran dan kerjasama perubatan antarabangsa. Pusat ini juga telah menubuhkan cawangan di luar negara pada tahun 2008, iaitu Pusat Kesihatan Taiwan di Kepulauan Marshall, dan menghantar jururawat, doktor dan sukarelawan ke Kepulauan Marshall untuk melatih kakitangan perubatan tempatan dan membuat publisiti mengenai penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit kronik dan perkara-perkara yang berkaitan. Demi membolehkan semua tetamu penting memahami sejarah pusat ini dan mengetahui pencapaian pusat ini pada tahun-tahun yang lalu, hospital kami juga telah menubuhkan Dewan Pameran Warisan Pusat Latihan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Taiwan. Pada tahun 2012, Pusat Latihan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Taiwan telah diberi “Anugerah Tembaga Simbol Mutu Kebangsaan (SNQ)”. Pada tahun 2014, hospital kami telah lulus Pensijilan Agensi Pengantarabangsaan Perkhidmatan Perubatan, dan menjadi satu-satunya hospital di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan yang berjaya memperoleh pensijilan ini, dan dengan itu menunjukkan bahawa hospital kami melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan yang sepatutnya dipikul oleh hospital awam. Pada tahun 2016, hospital kami telah memenangi Angerah Kumpulan di Anugerah Contoh Perubatan Antarabangsa Pertama, dan sekali lagi dianugerahi Simbol Mutu Kebangsaan (SNQ).

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama