Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Cathay

Terletak di pusat Bandar Taipai, Hospital Besar Cathay adalah sebuah hospital yang ditubuhkan oleh Syarikat Cathay Life Insurance pada tahun 1977. Mengikut reputasi baiknya di Taiwan, Hospital Besar Cathay telah berkembang menjadi sebuah rangkaian hospital, dengan cawangan-cawangannya di Hsinchu dan Xizhi serta kliniknya di Neihu.

Hospital Besar Cathay adalah sebuah pusat perubatan yang telah lulus Akreditasi Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT), dan memiliki semua jabatan perubatan serta beberapa buah pusat perubatan khusus, termasuk klinik khas VIP, pusat perubatan estetika, kardiologi, neurologi, pusat onkologi sinaran dan pusat perubatan hati.

Pasukan perkhidmatan perubatan antarabangsa di Hospital Besar Cathay menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan bantuan, termasuk perancangan pelancongan, perancangan temu janji doktor, perundingan dan rujukan perubatan, penterjemahan bahasa, pengangkutan antara hospital dan lapangan terbang, kemudahan pengangkutan lain, kemasukan hospital secara langsung dan bantuan sebelum masuk ke hospital, semasa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama