Ditubuhkan pada tahun 1983, Hospital Kardinal Tien Cawangan Yung Ho mempunyai lebih daripada 300 buah katil pesakit, dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang dijalankan oleh kira-kira 30 buah jabatan pakar dan subpakar. Hospital kami terdiri daripada kakitangan perubatan yang profesional dan teliti, dan memiliki alatan perubatan yang paling canggih, termasuk pengimejan resonans magenet (MRI), pengimbas tomografi berkomputer 160 hiris, alat terapi laser prostat, mamografi digital, berbagai-bagai jenis alatan pemeriksaan gelombang ultrabunyi dan endoskopi serta alatan pembedahan, dan juga alatan pemeriksaan saraf otak dan fisiologi jantung. Di samping itu, reka bentuk ruang hospital kami juga berpusatkan pesakit, dan ia adalah mesra, luas dan selesa, sekali gus membolehkan hospital kami menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lengkap berdasarkan konsep holistik, sepenuh masa, seluruh keluarga dan semua pasukan.