Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Shuang-Ho, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan

Ditubuhkan pada tahun 2008, Hospital Shuang-Ho boleh menawarkan perkhidmatan pesakit luar, kemasukan hospital dan rawatan kecemasan bagi 36 jenis kepakaran perubatan, dan memiliki 1500 buah katil pesakit. Hospital kami telah lulus Akreditasi JCI pada tahun 2009, dan sekali lagi lulus akreditasi yang sama pada tahun 2012 dan 2015.

Hospital Shuang-Ho dilengkapi dengan alatan diagnosis dan rawatan yang paling canggih, termasuk alat PET-CT, alat 3T MRI, pisau Gamma dan alat tomoterapi. Tambahan pula, hospital kami telah menubuhkan 10 buah pusat perubatan khusus, termasuk Pusat Perubatan Estetika Laser, Pusat Kanser, Pusat Hemodialisis, Pusat Pengurusan Kesihatan, Pusat Rawatan Hiperbarik, Pusat PET-CT, Pusat Terapi Sinaran, Pusat Tidur, Pusat Strok dan Pusat Penjagaan Oral untuk Pesakit Khas. Pusat Kanser di hospital kami telah menggabungkan 13 buah kumpulan fungsi kecil dan 11 buah pasukan perubatan.

Pusat ini mempunyai pasukan perubatan yang profesional, termasuk doktor klinikal, ahli farmasi, pekerja sosial, golongan agama dan sumber-sumber sosial untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh untuk para pesakit. Pusat Terapi Sinaran di hospital kami boleh menawarkan rawatan dengan pisau lengkok dipandu imej, tomoterapi, rawatan dengan pisau Gamma dan brakiterapi. Hospital Shuang-Ho memiliki satu-satunya lapangan helikopter di Bandar Baru Taipei yang membolehkan kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan udara kepada para penduduk di kawasan pedalaman, kawasan pulau atau negara-negara lain termasuk pesakit-pesakit dari Tanah Besar China.

Hospital kami menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan kepada pesakit-pesakit antarabangsa, termasuk perancangan temu janji doktor, penyelarasan dokumen, penterjemahan bahasa, sokongan harian semasa tinggal di hospital, kemudahan pengangkutan, dan bantuan sebelum masuk ke hospital, semassa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama