Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Taichung, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan

Terletak di kedudukan pusat Bandar Taichung dan berhampiran dengan Stesen Keretapi Taichung, Hospital Taichung telah berkhidmat untuk penduduk-penduduk di kawasan Taichung sekian lama. Kami mendukung kepercayaan untuk “menghormati nyawa, menjaga golongan lemah dan mementingkan keperluan pelanggan”, dan menyediakan perkhidmatan perubatan yang paling mesra dan bermutu tinggi untuk orang ramai. Kami berharap agar setiap orang yang yang datang menjalani rawatan perubatan di hospital ini boleh memulihkan kesihatan di persekitaran yang berbaik. Hospital kami menawarkan perkhidmatan kepakaran kami seperti pembedahan invasif minimal dan pemeriksaan kesihatan peringkat tinggi. Pengarah Jabatan Ortopedik adalah seorang penyelidik klinikal di Universiti Pittsburgh dan Universiti Cornell, dan beliau sangat berpengetahuan dan berpengalaman luas. Pusat pemeriksaan kesihatan di hospital kami adalah hospital yang bertauliah di bawah Program Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pekerja Asing Selepas Masuk ke Taiwan, dan telah lulus pensijilan TAF ISO 15189 dan pensijilan mutu pemeriksaan kesihatan di bawah Suruhanjaya Bersama Taiwan (Joint Commission of Taiwan), justeru merupakan sebuah hospital yang berjaya memperoleh pensijilan kebangsaan. Di samping itu, untuk memenuhi keperluan perubatan masyarakat antarabangsa, hospital kami telah menubuhkan pusat perubatan antarabangsa yang berfungsi untuk mengendalikan hal-ehwal perubatan tetamu antarabangsa dan merancang pengangkutan, penginapan dan perkara-perkara yang lain untuk mereka. Pasukan perubatan di hospital kami fasih dalam bahasa Inggeris, bahasa Jepun dan bahasa Melayu, justeru menyediakan pengalaman perubatan yang ramah mesra untuk para pesakit antarabangsa.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama