Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Veteran Taiwan, Cawangan Chiayi

Ditubuhkan pada 1hb Januari 1952, Hospital Besar Veteran Taiwan, Cawangan Chiayi duduk di kawasan Bandar Chiayi dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Chiayi dan Lebuhraya Utara Selatan, maka ia mudah diakses melalui sistem pengangkutan. Pada tahun 2014, Hospital Besar Veteran Taiwan, Cawangan Chiayi diberi status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital Sistem Baru, diberi status “Lulus” dalam Akreditasi Hospital Pengajaran, dan mendukung nilai-nilai teras termasuk “kasih sayang, integriti, mutu, inovasi dan tanggungjawab” dalam melaksanakan tanggungjawab sosial perubatan demi memanfaatkan orang ramai.


Terdapat kakitangan perubatan profesional yang cemerlang di hospital kami, dan memiliki kelebihan kerana memiliki alatan pemeriksaan yang canggih untuk menawarkan pemeriksaan kesihatan yang tepat. Hospital kami memiliki persekitaran pemeriksaan kesihatan selesa yang memisahkan antara proses perubatan dan proses pemeriksaan, dan menawarkan perkhidmatan mengesan pemindahan jabatan yang lengkap. Justeru, hospital kami menerima berbagai-bagai anugerah mutu perubatan daripada Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT).


Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh pasukan perubatan antarabangsa di hospital kami adalah seperti berikut:

1.Pengurusan kesihatan: Dengan mendukung piawaian pusat perubatan, hospital kami menawarkan pemeriksaan kesihatan dan mutu perkhidmatan yang profesional dan ketat, seperti pemeriksaan patologi, perubatan pengimejan, endoskopi, gastroenterologi, otorinolaringologi, perubatan jantung dan dada, dan ginekologi. Hospital kami juga menyediakan pakej pemeriksaan kesihatan peringkat tinggi, dan menawarkan perkhidmatan laporan pemeriksaan kesihatan pantas kepada warga asing.

2.Perubatan estetika: Berorientasikan matlamat untuk “menjaga kesihatan pelanggan dan memberi pelanggan keyakinan diri”, hospital kami menyediakan perkhidmatan yang “khusus, sepenuh masa, berdedikasi dan sepenuh hati”. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut: laser pembersihan kulit, laser berperingkat untuk mencatikkan wajah, penegangan kulit dengan gelombang cahaya laser, laser cahaya lembut dan cahaya denyut lampau panjang. Hospital kami juga menawarkan perkhidmatan memutihkan kulit dengan spa laser tanpa rasa sakit dan luka.


3.Perkhidmatan-perkhidmatan perubatan utama:

(1) Rawatan dialisis: Sebagai salah sebuah pusat dialisis yang besar di kawasan Yunlin, Chiayi dan Tainan, hospital kami telah menyediakan katil dialisis untuk memberi persekitaran dialisis yang bermutu tinggi dan selesa kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit ginjal;

(2) Penyakit kardiovaskular: Pasukan yang cemerlang di pusat kardiovasular menggunakan teknik perubatan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa pada kali pertama;

(3) Rawatan kanser bersepadu: Dengan berorientasikan pesakit, hospital kami menggunakan pasukan rentas bidang dan pusat kanser bersepadu, bersama dengan pisau gamma yang pertama di kawasan Yunlin, Chiayi dan Tainan, untuk meningkatkan mutu penjagaan perubatan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama