Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Klinik Obstetrik dan Ginekologi Chao-Chin Hsu

Sehingga hari ini, klinik telah membangunkan perubatan pembiakan buatan selama 20 tahun. Klinik kami adalah klinik pertama yang menggunakan teknik mengeluarkan sperma dari testikel atau paratestis dan mikrosuntikan spermatozoid di Taiwan. Selain itu, klinik kami juga menggunakan teknik inkubasi bantuan laser, serta memakai teknik mikrosuntikan spermatozoid bersama teknik diagnosis genetik embrio sebelum penempelan. Tambahan pula, klinik kami juga telah menjaankan persenyawaan in vitro (IVF) dengan kadar kehamilan melebihi 40%, dan kadar ini adalah lebih tinggi daripada purata kadar kehamilan dunia, iaitu 30%. Pesakit-pesakit kami berasa dari seluruh dunia.

Klinik kami memiliki reputasi antarabangsa yang tinggi kerana menerima pesakit-pesakit yang berasal dari seluruh pelosok dunia khususnya untuk menerima perkhidmatan perubatan di klinik kami. Melalui perkhidmatan berpasukan yang berorientasikan pesakit, klinik kami menyediakan sumber-sumber perubatan yang bersepadu, dan menawarkan kaedah diagnosis yang paling tepat dan teknologi perubatan yang paling canggih demi mencapai keberkesanan rawatan klinikal yang bermutu tinggi. Misalnya, klinik kami menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan teknologi pembiakan seperti permanian beradas, rawatan azoospermia, penempelan blastosista, inkubasi bantuan laser, pembekuan sel telur dam embrio, penerimaan derma sperma dan diagnosis genetik sebelum penempelan. Melalui kerjasama rentas jabatan, klinik kami membentuk pasukan pembiakan buatan hebat yang terdiri daripada doktor-doktor yang cemerlang, bersama juruteknik embrio dan perunding yang mahi demi memastikan rawatan perubatan bermutu tinggi.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama