Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Pojen

Ditubuhkan pada tahun 1976, Hospital Besar Pojen merupakan sebuah hospital pengajaran komuniti yang berkonsepkan persaudaran dan perkhidmatan, bermatlamat untuk mengejar kecemerlangan, dan bermisi untuk menjadi contoh hospital kesihatan komuniti. Pada tahun 2011, hospital kami telah diberi status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital Setempat.

Hospital kami memiliki 175 buah katil pesakit, menawarkan 19 jenis kepakaran perubatan, dan menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan seperti unit rawatan rapi, pusat kateter sakit dada 24 jam, pusat dialisis, unit rawatan pernafasan, pusat perubatan pengimejan peringka ttinggi, pusat pengurusan kesihatan, pusat perubatan estetika.

Dengan tiga objektif utama, iaitu menghormati nilai nyawa, menyediakan persekitaran perubatan yang selamat dan menawarkan perkhidmatan melalui integrasi pasukan perubatan, hospital kami menggabungkan penjagaan perubatan bagi penyakit kronik dan akut, pengurusan perubatan dan kesihatan pencegahan dan perubatan estetika demi menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang profesional, bermutu tinggi, peribadi, berterusan dan bersepadu.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama