Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Tri-Service

Hospital Besar Tri-Service ditubuhkan pada 1hb Julai 1967, dan telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Pertahanan Kebangsaan di Neihu yang meliputi kawasan tanah seluas 41 hektar pada tahun 2000. Untuk memastikan perkhidmatan perubatan tidak terganggu, hospital kami mula dipindahkan dari 29hb Ogos. Kawasan hospital di Neihu memulakan perkhidmatan pesakit luar dan rawatan di hospital pada 11hb Oktober, dan perkhidmatan rawatan kecemasan pada 7hb November. Pada masa depan, bilangan katil pesakit di hospital kami akan bertambah dari 1500 buah ke 1850 buah. Terdapat juga rancangan untuk menubuhkan Jabatan Perubatan Tradisional Cina. Sementara itu, kawasan hospital Tingzhou pula akan ditukar menjadi sebuah rumah penjagaan manakala perkhidmatan pesakit luar dan rawatan kecemasan akan dikekalkan di kawasan hospital Tingzhou. Selepas hospital siap dibina semula, bangunan dan alatannya bukan sahaja dikemaskinikan sepenuhnya, tetapi juga organisasi dan prosesnya dibina semula dan pengurusan hospital juga dielektronikkan untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan perubatan. Sebagai hospital pengajaran bagi Hospital Pertahanan Kebangsaan, hospital kami memikul tanggungjawab dalam perubatan klinikal, pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan, manakala sasaran perkhidmatan perubatan di hospital kami adalah kakitangan tentera, insurans kesihatan dan orang awam.

Hospital kami memiliki 45 buah jabatan perubatan termasuk jabatan perubatan dalaman, dan merupakan hospital bertaraf pusat perubatan mengikut penilaian Biro Kesihatan.

Hospital kami selalu mementingkan mutu perubatan dan mengejar kecemerlangan demi mencapai visi hospital kami, iaitu “Hospital Besar Tri-Service yang berkualiti” yang merupakan sasaran pembangunan hospital kami dalam jangka sederhana panjang dan jangka panjang. Hospital kami berharap untuk merealisasikan pengurusan mutu yang menyeluruh melalui pendidikan berkualiti yang berterusan dan pelaksanaan pengurusan mutu bagi berbagai-bagai kepakaran perubatan, termasuk laluan klinikal, pemiawaian proses, pengurusan dasar, pembaikan dan pengurusan proses dan pembangunan fungsi mutu demi menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi, berkecekapan tinggi dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama