Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Kumpulan Kerja Pengurusan Perubatan Antarabangsa

Sejak tahun 2007, Eksekutif Yuan melancarkan perkhidmatan perubatan antarabangsa Taiwan melalui Program Pengantarabangsaan Perkhidmatan Perubatan. Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menugaskan Persatuan Hospital dan Klinik Bukan Kerajaan di Taiwan (Taiwan Nongovernmental Hospitals and Clinics Association) untuk melaksanakan program ini, dan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Ekonomi Chung-Hua (Chung-Hua Institution for Economic Research) untuk menubuhkan Kumpulan Kerja Pengurusan Perubatan Antarabangsa demi mempromosikan perkhidmatan perubatan Taiwan dan sektor-sektor yang berhubung dengannya demi mencapai matlamat keseluruhan Eksekutif Yuan, iaitu “mempromosikan perkhidmatan perubatan, membawa masuk pesakit”.

Sidang media PBB - CEO dan Josef
Sidang media PBB - CEO dan Josef

Sebagai unit eksekutif utama, Kumpulan Kerja Pengurusan Perubatan Antarabangsa bermatlamat menjadi sebuah platform untuk membangunkan pelancongan perubatan di Taiwan dan memupuk kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Kebajikan sebagai agensi kerajaan utama, institusi-institusi perubatan dan syarikat-syarikat bukan kerajaan demi mempromosikan perubatan Taiwan yang bertaraf tinggi ke seluruh dunia, sekali gus menjadi pilihan pertama bagi para pesakit luar negara dalam bidang pelancongan perubatan.

Kumpulan Kerja Pengurusan Perubatan Taiwan menganalisa perkhidmatan perubatan Taiwan yang bermutu tinggi, dan menonjolkan perkhidmatan perubatan Taiwan dengan enam kelbihan utama demi mempromosikan imej perkhidmatan dalam bidang perubatan Taiwan. Dari segi strategi perubatan antarabangsa bagi Taiwan, kumpulan ini bermula dengan pembangunan “perubatan khusus” dan “pelancongan perubatan”. Perubatan khusus menekankan perkhidmatan perubatan Taiwan yang berbeza dan terkenal di peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal promosi, lima jenis perkhidmatan perubatan yang utama, termasuk pembedahan pemindahan hati semasa hidup (tidak termasuk pendermaan organ di dalam negara). pembedahan pembinaan semula kraniofasial, terapi kardiovaskular, teknologi pembiakan berbantu dan pembedahan penggantian sendi lutut dipasarkan dan dipromosikan sebagai lima jenis perkhidmatan berteknologi tinggi di negara kami demi menekankan tahap perubatan negara kami yang tinggi dan membina jenama perkhidmatan perubatan Taiwan yang bermutu tinggi, sekali gus memandu pasaran antarabangsa bagi rawatan penyakit secara keseluruhan.

Pada dasarnya, anggota-anggota hospital di bawah program ini menyasarkan pembedahan terpilih sebagai kes perkhidmatan utama, dan memperoleh kumpulan pelanggan melalui model rujukan luar negara. Mengikut statistik pada tahun 2019, obstetrik dan ginekologi mencatatkan bilangan kes perkhidmatan pesakit-pesakit antarabangsa yang paling tinggi, iaitu, diikuti oleh pembedahan am dengan, pediatrik dengan dan ortopedik dengan.

Sementara itu, pelancongan perubatan melibatkan usaha menghubungkan sektor pelancongan dan institusi-institusi perubatan untuk membantu para pengusaha sektor pelancongan menyediakan jadual perjalanan bagi pemeliharaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan perubatan estetika supaya para pelancong dari luar negara boleh menerima perkhidmatan perubatan dan menikmati persekitaran pelancongan Taiwan yang bermutu tinggi. Melalui saluran pemasaran luar negara dan kerjasama merentasi sektor dengan para pengusaha sektor pelancongan, bilangan pelancong yang menerima perkhidmatan pelancongan perubatan sehingga tahun 2019 telah mencecah 2668,000 orang, dengan nilai pengeluaran sejumlah NT$133.5 bilion, sekali gus membuktikan keberkesanan program ini.

Dikemaskinikan pada: 2023-04-21

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama