Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Kerjasama Perubatan Antarabangsa

Dalam beberapa dekad yang lalu, Taiwan telah mencipta “keajaiban ekonomi” yang terkenal di seluruh dunia, dan menjadi ekonomi ke-19 terbesar dan negara perdagangan ke-15 terbesar di dunia, dan purata keluaran negara kasar (KNK) Taiwan telah melebihi AS$14,000. Taiwan berada di tempat kedua di seluruh dunia dalam kategori kesihatan dalam Laporan Daya Saing Global. Perkembangan perubatan dan ekonomi Taiwan telah boleh menandingi negara-negara maju. Dengan menggalakkan kemakmuran ekonomi dan perdagangan antarabangsa dan mempromosikan kerja bantuan asing, tahap perkembangan ekonomi Taiwan hampir sama dengan negara-negara maju. Tujuan Taiwan mempromosikan kerja bantuan asing adalah untuk mengintegrasikan sumber-sumber kerajaan dan rakyat demi membina sistem pembangunan kerjasama antarabangsa untuk Taiwan, meningkatkan tahap kerjasama teknikal dan membantu negara-negara membangun yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan untuk memupuk pembangunan ekonomi dan sosial. Dari tahun 1995 ke tahun 2004, jumlah bantuan asing yang disumbang oleh kerajaan Taiwan dan organisasi-organisasi setempat di Taiwan telah melebihi AS$200 juta dan memanfaatkan kira-kira 80 buah negara. Kini, institusi-institusi perubatan awam dan swasta menggalakkan lebih daripada 100 buah projek kerjasama antarabangsa yang berkaitan dengan isu kesihatan demi memupuk kerja perubatan dan kesihatan.

Bantuan dan kerjasama perubatan antarabangsa yang disumbang yang melibatkan Taiwan terbahagi kepada tiga jenis: bantuan dan latihan teknikal, bantuan dan derma perubatan, dan bantuan kemanusiaan.

Kerjasama Perubatan Antarabangsa

1. Bantuan dan Latihan Teknikal

Gambar Kerjasama dan pertukaran antara Hospital Mongolia dan Hospital Taipei, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan / Pasukan perubatan Taiwan di Malawi

Terdapat berpuluh-puluh buah hospital di Taiwan yang telah mengadakan pertukaran akademik dan teknikal dengan pasukan perubatan luar negara, dan menawarkan latihan kepada kakitangan perubatan dan pelajar-pelajar kolej perubatan. Buat masa ini, hospital-hospital tersebut telah melatih beratus-ratus kakitangan perubatan. Institusi-institusi perubatan di Taiwan juga mengadakan kerjasama dengan pasukan perubatan luar negara untuk menjalankan latihan bagi kakitangan perubatan jangka panjang. Peristiwa-peristiwa penting bagi kerjasama antarabangsa yang melibatkan Taiwan termasuk pembedahan pemindahan hati semasa hidup di Hospital Memorial Chang Gung Kaohsiung, pembedahan pemindahan sel otot orbikular dan pembedahan pembentukan semula kranofasial di Hospital Memorial Chang Gung Linkou, pembedahan pemisahan kembar bercantum di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi, pembedahan laparoskopik dan kegemukan di Hospital En Chu Kong, pembedahan pemindahan jantung di Hospital Memorial Far Eastern, dan pembedahan dan rawatan perubatan bagi pesakit-pesakit dengan simentoma gigantiform dan Hallervorden Spatz. Anda boleh menghubungi hospital-hospital di atas untuk memperoleh butiran tentang pengenalan kepada pembedahan-pembedahan tersebut.

Untuk meningkatkan keupayaan melatih kakitangan perubatan di Taiwan, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah menubuhkan Pusat Latihan Perubatan Antarabangsa di Hospital Taipei. Pada bulan Ogos 2002, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah upacara mengalu-alukan kakitangan perubatan luar negara yang akan menjalani latihan di Taiwan. Sehingga bulan September 2005, terdapat sejumlah 26 buah pasukan antarabangsa yang telah menerima latihan di Taiwan. Di samping itu, Hospital Taoyuan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah menubuhkan Pusat Wad dan Perubatan Antarabangsa pada bulan November 2005.

2. Bantuan dan Derma Perubatan

Terdapat kira-kira 26 buah institusi yang menawarkan sumber perubatan yang bernilai melebihi AS$66 juta kepada 55 buah negara. Yayasan Kebajikan Sosial Eden (Eden Social Welfare Foundation) dan Persatuan Antarabangsa Cahaya Buddha (Buddha’s Light International Association, BLIA) menderma lebih daripada 6,000 buah kerusi roda. Di samping itu, Hospital Besar Cathay, Hospital Besar Shin Kong Wu Ho-Su, Hospital Memorial MacKay, Universiti Perubatan Kaohsiung, Hospital Memorial Chang Gung Chiayi, Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi dan Pusat Psikiatrik Tsaotun juga menawarkan berbagai-bagai bantuan perubatan. Negara-negara yang pernah menerima derma perubatan daripada Taiwan termasuk Republik Kiribati, Indonesia, Honduras, Iran dan China, dan alatan yang diderma termasuk topeng oksigen dan inkubator bagi kanak-kanak.

3. Bantuan Kemanusiaan

Apabila sesebuah negara ditimpa bencana teruk, Taiwan akan menawarkan bantuan kecemasan dan bekalan harian yang diperlukan, serta memberi perkhidmatan diagnosis, pembedahan dan bantuan pencegahan penyakit berjangkit dengan serta-merta. Negara-negara yang pernah menerima bantuan Taiwan termasuk Guinea-Bissau, Republik Afrika Tengah, Malawi, Libya, Arab Saudi, Vietnam, Laos, Thailand Utara, Mongolia, India, Papua New Guinea, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Myanmar, Filipina, Nepal dan Republik Sao Tome dan Principe.

Sekurang-kurangnya 15 buah institusi perubatan dari Taiwan pernah menghantar kakitangan perubatan untuk memberi bantuan susulan. Sejak tahun 2002, Hospital Kristian Pingtung menghantar pasukan perubatan yang bertapak di Malawi untuk membantu menubuhkan hospital dan melatih kakitangan perubatan di sana. Hospital Min-Sheng, Hospital Memorial MacKay, Hospital Wan Fang, Hospital Tzu Chi Taipei, Hospital Taichung di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, Hospital Hsinchu, dan Hospital Taipei menghantar pasukan perubatan profesional untuk memasuki kawasan bencana semasa berlakunya tsunami Laut China Selatan pada tahun 2005.

Dikemaskinikan pada: 2023-04-21

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama