Bergerak ke Kandungan Utama

Arahan tentang Kemasukan dan Berlepas dari Taiwan

1. Maklumat Epidemik
Taiwan tiada penyakit berjangkit serantau buat masa ini. Untuk makluman terkini, sila layari halaman web tentang keadaan epidemik di Taiwan.
Pusat Kawalan Penyakit di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan

 

2. Kastam
Untuk peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelepasan kastam bagi kemasukan dan berlepas dari Taiwan, sila layari laman web Pentadbiran Kastam di bawah Kementerian Kewangan.
Pentadbiran Kastam di bawah Kementarian Kewangan

 

3. Maklumat tentang barangan terkawal semasa menaiki kapal terbang
Untuk maklumat tentang barang terkawal semasa menaiki kapal terbang, sila layari laman web rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan

 

4. Kedutaan/Pejabat Perwakilan Negara-Negara Asing di Taiwan
Kedutaan Amerika Syarikat di Taiwan
Kedutaan Amerika Syarikat di Taiwan - Kementerian Luar Negeri Republik China

Kedutaan/Pejabat Perwakilan Negara-Negara Asing di Taiwan
Kedutaan/Pejabat Negara-Negara Asing di Taiwan - Kementerian Luar Negeri Republik China

 

5. Pejabat Perwakilan Taiwan di Luar Negara
Kerajaan Republik China menubuhkan unit-unit yang bertempat di luar negara bagi Kementerian Luar Negeri, Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi, Kementerian Pendidikan, Pejabat Maklumat Kerajaan, Majlis Hal-Ehwal Komuniti Luar Negara dan Kementerian Pengangkutan dan Pelancongan untuk menjalankan tugas masing-masing. Namun, semua unit berada di bawah perintah dan penyelarasan unit tempatan Kementerian Luar Negeri, maka kebanyakan unit beroperasi di lokasi yang sama.

Oleh sebab bilangan unit luar negara yang banyak, maklumat seperti alamat dan nombor telefon mungkin sering berubah. Untuk memperoleh maklumat yang tepat, anda boleh menghubungi unit-unit yang berkaitan.
Kedutaan Republik China:Biro Hal-Ehwal Konsular di bawah Kementerian Luar Negeri

Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (Taiwan External Trade Development Council) merupakan unit bukan kerajaan utama yang mempromosikan perdagangan luar. Untuk makluman yang berkaitan, sila layari laman web rasmi Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (Taiwan External Trade Development Council).
Laman Web: Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (Taiwan External Trade Development Council).


*Sumber: Laman Web Maklumat Pelancongan Taiwan

Dikemaskinikan pada: 2018-12-15

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama