Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Maklumat tentang Pengangkutan Keretapi TRA

Semua laluan keretapi dalam rangkaian keretapi mengelilingi pulau di Taiwan menghubungkan semua bandar besar dan kecil di seluruh pulau. Untuk menyediakan perkhidmatan keretapi yang selamat dan selesa, perkhidmatan keretapi terdiri daripada beberapa kategori, iaitu keretapi tempatan, keretapi semi-ekspres Fu Hsing, keretapi ekspres Chu-Kuang dan keretapi ekspres terhad Tze-Chiang. Para pelancong boleh memilih jenis keretapi mengikut masa perjalanan, keupayaan ekonomi atau tujuan perjalanan. Para pelancong yang ingin menaiki keretapi semasa cuti panjang dinasihatkan supaya membuat tempahan tiket lebih awal agar jadual perjalanan tidak terjejas.

Anda boleh membuat tempahan melalui suara dengan telefon atau dalam talian 14 hari sebelum menaiki keretapi. Untuk makluman selanjutnya, sila layari laman-laman web yang berikut:

Keretapi jenis persiaran merupakan pemajuan model keretapi jenis keretapi-ke-stesen, dan ia umpama kapal persiaran yang berhenti di setiap pelabuhan untuk tempoh masa tertentu sebelum bergerak ke pelabuhan yang seterusnya. Keretapi tertentu akan berhenti seketika di beberapa stesen tertentu untuk membolehkan para pelancong menikmati pemandangan di sekitar stesen, sama ada di luar atau dari keretapi, sebelum keretapi bergerak ke destinasi yang seterusnya. Keretapi jenis persiaran

Di samping itu, terdapat juga keretapi kecil jenis perlahan yang berjalan di sepanjang beberapa laluan, seperti Laluan Alishan, Laluan Pingxi dan Laluan Neiwan. Bagi para pelancong yang berkunjung ke Taiwan kali pertama, menaiki keretapi jenis ini yang bergerak dengan perlahan membolehkan mereka menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan, dan merupakan pengalaman yang baru dan menarik.

Dikemaskinikan pada: 2020-08-13

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama