Bergerak ke Kandungan Utama
:::
  • Halaman Utama
  • Kes Berjaya
  • Berkat “dua tambah satu” yang membawa kepada pemindahan ginjal semasa hidup untuk adik-beradik dari Malaysia

Berkat “dua tambah satu” yang membawa kepada pemindahan ginjal semasa hidup untuk adik-beradik dari Malaysia

Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi   更新日期:2015-06-10

Berasal dari Malaysia, Zheng Jingzhu yang berusia 48 tahun adalah seorang wanita kerjaya yang kuat dalam bidang komersil. Oleh sebab dia berusaha kuat dalam kerjayanya, dia mengabaikan kesihatannya. “Sentiasa lupa makan dan minum” adalah tabiat kehidupan Zheng Jingzhu selama bertahun-tahun. Sungguhpun keluarganya menghidap penyakit tekanan tinggi dan lipid darah tinggi keturunan, dia selalu sibuk sehingga tidak memberi perhatian terhadap keadaan badannya. Pada tahun 2012, Zheng Jingzhu menerima rawatan kerana menghidap sakit kepala yang teruk. Dia didiagnosis sebagai penyakit kegagalan ginjal kronik dan perlu menerima rawatan ubatan jangka panjang.

 
“Kenapa saya menghidap penyakit ini?” Zheng Jingzhu berkata, semasa dia mendapat tahu dia menghidap penyakit ini, dia tidak dapat menerima hakikat ini. Mujurnya, keadaan penyakitnya menjadi stabil setelah mengubah tabiat pemakanannya dan mengambil ubat-ubatan. Pada akhir tahun 2014, Zheng Jingzhu mula menunjukkan keadaan edema dan rasa tidak selesa secara mental, sekali gus menjejaskan mutu kehidupan dengan serius. Setelah menerima rawatan, doktor memberitahu dia bahawa keadaan penyakit kegagalan ginjalnya telah merosot, dan saya perlu membuat keputusan untuk menjalani dialisis atau penggantian ginjal. Zheng Jingzhu berkata, semasa dia mendengar kata-kata doktor bahawa “Kamu sekarang hanya mempunyai dua pilihan - menjalani dialisis atau penggantian ginjal”, ia amat mengejutkan!
 
27hb Mei - Tamatnya pembedahan pemindahan ginjal semasa hidup
 
Selepas mendapat tahu bahawa kakaknya perlu menjalani penggantian ginjal, Zheng Shunji yang berusia 42 tahun telah memberitahu hasratnya untuk menderma ginjalnya. Setelah memperoleh maklumat tentang pendermaan ginjal di negara-negara seperti Singapura dan China, Zheng Shunji dan kakaknya telah memutuskan untuk berkunjung ke Taiwan dan menjalani pembedahan pemindahan ginjal di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi yang paling dipercayai oleh mereka.
 
Setelah menerima mesej mereka, jururawat-jururawat di Pusat Pemindahan Organ di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi, iaitu Shih Ming-Hui dan Chou Kuei-Chun telah memulakan mekanisme yang berkaitan dengan serta-merta. Kedua-dua orang jururawat ini menghantar maklumat dan memperoleh laporan pemeriksaan badan Zheng Jingzhu dan Zheng Shunji, serta membuat perancangan untuk mereka untuk menjalani pemeriksaan pemadahan pada bulan April tahun ini. Selepas menjalani penilaian perubatan dan pemadanan yang profesional, Zheng Shunji telah memenuhi kriteria penggantian ginjal, dan kemungkinan menjalankan pembedahan terhadap mereka berdua telah disahkan. Pada 27hb Mei, Zheng Shunji dan kakaknya telah memasuki bilik pembedahan dengan berkat Mahaguru Jingshe. Pasukan perubatan yang dipimpin oleh Dr. Lee Ming-Che dari Jabatan Pembedahan bertanggungjawab menjalankan pembedahan pemindahan ginjal semasa hidup pada kedua-dua orang ahli keluarga Zheng.
 
Pemindahan ginjal diselesaikan dengan berjaya, sementara pembedahan bagi kedua-dua pemderma dan penerima ginjal juga diselesaikan dalam masa dua jam. Selepas pembedahan, keadaan penderma ginjal, Zheng Shunji adalah stabil, dan dia dibenarkan keluar dari hospital tiga hari kemudian. Penerima ginjal, Zheng Jingzhu pula berada di bawah pemerhatian di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan. Selepas dipastikan bahawa keadaannya telah menjadi stabil, dia dipindah ke bilik wad biasa, dan dibenarkan keluar dari hospital pada 4hb Jun.
 
Profesionalisme pasukan perubatan adalah pemberi keyakinan yang paling kuat
 
“Sekiranya kekurangan sebuah ginjal, adakah ia akan menjejaskan badan adik saya?” Semasa berjumpa dengan Dr. Lee untuk kali pertama, Zheng Jingzhu bertanya tentang soalan ini dengan rasa bimbang. “Sungguhpun tinggal sebuah ginjal, penderma ginjal yang telah dipastikan sesuai untuk menderma ginjal melalui penilaian sebelum pembedahan juga akan menghadapi kemungkinan risiko kegagalan ginjal yang sama dengan orang biasa yang memiliki dua buah ginjal. Pendermaan ginjal tidak akan menyebabkan risiko kegagalan ginjal yang lebih tinggi.” Penerangan Dr. Lee yang profesional dan tegas pada masa itu merupakan pemberi keyakinan yang paling kuat untuk Zheng Jingzhu yang risau akan keadaan badan adiknya.
 
Dr. Lee menjelaskan lagi bahawa kaedah rawatan kegagalan ginjal juga termasuk hemodialisis, dialisis peritoneum dan pemindahan ginjal, dan semua kaedah ini boleh merawat penyakit ini dengan berkesan. Mengenai mutu kehidupan, pemindahan ginjal adalah pilihan yang terbaik untuk pesakit yang sesuai menjalaninya. Dr. Lee juga berkata, Puan Zheng Jingzhu menjalani “pembedahan pemindahan ginjal sebelum menjalani dialisis peritoneum”. Pembedahan pemindahan ginjal ini mempunyai kesan yang lebih baik terhadap pemulihan, fungsi patologi dan pemeliharaan organ. Selepas menerima pemindahan ginjal, Zheng Jingzhu mengalami proses pemulihan yang lebih baik setelah menjalani pembedahan tersebut.
 
Dr. Lee juga berkata, penderma ginjal, Zheng Shunji telah pulih dengan baik, dan pasukan perubatan akan terus merancang untuk mengesan dan memeriksa penderma ginjal selepas pembedahan. Dr. Lee juga mengingatkan bahawa penderma ginjal perlu bekerjasama dengan kakitangan perubatan dalam berbagai-bagai aspek seperti kawalan pemakanan dan perubahan cara hidup, dan harus berjalan kaki dan bersenam dengan secukupnya, serta menjalani pemeriksaan dengan tetap agar badannya boleh kekal dalam keadaan yang baik.
 
Berkat “dua tambah satu”, ginjal adik saya berfungsi di dalam badan saya
 

“Saya dapat merasa ginjal adik saya sedang berfungsi dengan kuat di dalam badan saya!” Zheng Jingzhu menyentuh abdomen kanannya dengan lembut dan menangis. “Sekarang saya ada tiga buah ginjal!” katanya dengan gembira. Rupa-rupanya, pasuka perubatan tidak akan mengeluarkan ginjal asal pesakit yang menjalani pemindahan ginjal sehingga ginjalnya tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit seperti jangkitan serius atau pembentukan tumor. Zheng Shunji berkata, selepas melihat tenaga dan semangat kakaknya yang semakin baik selepas kakaknya menjalani pembedahan, dia tahu bahawa ginjalnya berfungsi dengan kuat di dalam badan kakaknya Zheng Jingzhu!

Kongsi Foto

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama