Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Besar Veteran Taipei

Hospital Besar Veteran Taipei yang ditubuhkan pada tahun 1958 dan mendukung konsep perkhidmatan yang “melayani pesakit sebagai saudara dan mengejar kecemerlangan”, telah sekian lama bertanggungjawab terhadap pembangunan tiga misi utama, iaitu perkhidmatan perubatan, pengajaran dan latihan, dan penyelidikan perubatan, justeru hospital kami telah menjadi salah sebuah pusat perubatan yang paling berpengaruh di Taiwan. Terdapat lebih kurang 1000 orang doktor perubatan dalaman dan doktor bedah di hospital kami yang komited untuk mencipta teknologi perubatan baru dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Di samping itu, hospital kami merawat kira-kira 2 juta orang pesakit setiap tahun.

Pasukan perubatan hospital kami menyediakan penjagaan tubuh, akal dan kerohanian yang menyeluruh, persekitaran perubatan yang mesra dan perkhidmatan peribadi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hospital kami komited terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi perubatan maju seperti pembaikan dan pertumbuhan semula saraf, penyelidikan sains otak manusia dan fungsi kognitif, angiografi saraf kranium fungsian, maklumat saraf otak, penyelidikan sel dasar, kejuruteraan genetik, teknologi pembiakan, pemindahan darah tali pusat, integrasi biopengimejan, elektrofisiologi dan rekod perubatan elektronik, dan juga memperoleh pencapaian yang signifikan dalam bidang-bidang ini. Kumpulan-kumpulan perubatan yang bermutu tinggi, seperti kumpulan rawatan aritmia, kumpulan rawatan tumor otot rangka, kumpulan rawatan pelbagai disiplin pembedahan epilepsi dan kumpulan penyelidikan sakit kepala telah diberi Anugerah Mutu Bioperubatan Kebangsaan SNQ, manakala pasukan penjagaan hospis kreatif dan selesa di rumah dan penjagaan paliatif dan hospis untuk kanak-kanak, pusat perubatan orang tua dan jabatan pemeriksaan patologi juga telah dianugerahi Simbol Mutu Kebangsaan (SNQ).

Imej perubatan bermutu tinggi yang terkumpul sekian lama bukan sahaja membolehkan hospital kami dipilih oleh orang ramai sebagai hospital yang paling boleh dipercayai, tetapi juga telah menarik warga asing untuk menerima rawatan di hospital kami. Ramai orang Cina perantauan mengunjungi hospital kami untuk menerima rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan, dan kebanyakannya datang dari Hong Kong, Macau, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara. Terdapat juga warga dari Tanah Besar China yang datang ke hospital kami untuk menerima rawatan perubatan. Sempena dasar kerajaan dan untuk memenuhi keperluan perubatan yang semakin meningkat dari kawasan luar negara, hospital kami telah menubuhkan Pusat Perubatan Antarabangsa secara rasmi pada bulan Mei 2008 selepas memperoleh persetujuan daripada Majlis Hal-Ehwal Veteran di bawah Eksekutif Yuan, dan pusat ini berfungsi sebagai saluran perhubungan dengan pihak luar. Sempena usaha kerajaan untuk mengantarabangsakan perkhidmatan perubatan dan membangunkan industri perkhidmatan perubatan dan penjagaan, Pusat Perubatan Antarabangsa menyediakan perkhidmatan perubatan untuk pesakit-pesakit antarabangsa, dan pegawai-pegawai pusat ini bertugas memberi bantuan kepada pesakit-pesakit dari seluruh dunia dalam berbagai-bagai perkara seperti membuat janji temu doktor, perundingan perubatan, perancangan rawatan dan permohonan visa perubatan, dan berfungsi sebagai pegawai perhubungan kepada para pesakit supaya mereka menerima perkhidmatan perubatan yang lancar dan melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hospital kami juga memupuk pertukaran dan kerjasama antara institusi-institusi perubatan, mengikuti dasar kesihatan dan perubatan kebangsaan secara aktif, dan juga menyertai acara kesihatan antarabangsa demi merealisasikan visi untuk menjadi “sebuah pusat perubatan berkelas dunia”.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama